Saturday, September 29, 2012

Kena bermula dari bawah ?????

Ada orang kata bila nak berjaya, kena bermula dari bawah...Boleh tak kita bermula dari tengah atau bermula dari aras2 yang mana sekali pun ???? Pernah saya berbincang dengan seseorang tentang hal ini. Lama dulu. Tak ingat tahun berapa. Bila disebut oleh beliau, kalau nak berjaya kena mula dari bawah. Saya secara berseloroh menyatakan kalau nak jadi Perdana Menteri, apakah kita perlu bermula dari seorang pekerja sapu sampah di Majlis Perbandaran. Selepas itu baru berdikit-dikit naik - kepada kerani, pegawai, penolong pengarah, pengarah, ketua pengarah dan seterusnya yang ada beberapa step lagi. Dia tergelak plak bila saya berkata sedemikian. Apa yang lucu nya. Sebab dia juga berkata nak berjaya kena bermula dari bawah.

Pada saya nak berjaya tak perlu nak kena bermula dari bawah. Ada orang yang memang melalui jalan yang sukar untuk berjaya. Terpaksa mengharungi liku2 kehidupan dan akhirnya dia berjaya. Kisah ini kita boleh baca melalui pengalaman-pengalaman orang yang berjaya seperti As-Syeikh Ibrahim An-Naimi dan Konosuke Matsushita. Ada orang yang pada asalnya telah berjaya dan kemudian jatuh dan kemudian bangkit kembali sehingga berjaya dan terkenal seperti Sirivat Vuravetvottikon.

Apa yang penting saya tetap berpegang kepada kata-kata Tan Sri Ainudiin Wahid yang mengatakan "Kejayaan yang sebenar bukan terletak pada tidak pernah jatuh, tetapi kejayaan yang sebenar terletak pada kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh."

No comments: