Thursday, November 08, 2012

Al- Fatihah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ , مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Tuesday, November 06, 2012

UJIAN OH UJIAN

Ujian tidak akan pernah terhenti ke atas setiap diri manusia selagi mereka masih bernyawa. Apakah kita sebagai manusia mudah redha dengan ujian dan takdir??? Ada kala dibibir mengungkapkan bahawa "aku redha dengan ujian" tapi
di dalam diri, hanya ALLAH yang maha mengetahui. YA ALLAH, bantu lah hambaMU ini. Aku tak terdaya lagi menghadapi ujian melainkan dengan adanya RAHMAN dan RAHIM MU. YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSA KU.

Tuesday, October 02, 2012

Barang yang lepas jangan dikenang

Barang yang lepas jangan dikenang - antara bait dalam senikata lagu Allahyarham P. Ramlee. Besar dan terkesan pada maksud lirik lagu ini.

Apa yang boleh disimpulkan dari pernyataan di atas ialah, jangan pandang atau toleh lagi ke belakang. Kalau ingin maju atau berjaya, terus lah pandang ke hadapan. Jangan lagi masih teringat kisah lama sama ada yang manis, masam atau pahit. Jangan kita asyik berbangga dengan kejayaan lepas. Jangan juga asyik termenung dengan kisah silam yang mendukacitakan.

Bangun lah dari lamunan. ALLAH sendiri mengingatkan manusia dalam ayat kedua yang diturunkan selepas surah al alaq. "wahai manusia yang berselimut, bangunlah ....." Begitu lah ALLAH mengingatkan manusia. Jangan asyik bermimpi dengan perkara yang lepas.

Marilah kita bangkit dan bangun dari lamunan. Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha. Kejayaan juga tidak akan datang kalau asyik teringat perkara yang lepas.

Ayuh, marilah kita bangkit bersama.

Saturday, September 29, 2012

Kena bermula dari bawah ?????

Ada orang kata bila nak berjaya, kena bermula dari bawah...Boleh tak kita bermula dari tengah atau bermula dari aras2 yang mana sekali pun ???? Pernah saya berbincang dengan seseorang tentang hal ini. Lama dulu. Tak ingat tahun berapa. Bila disebut oleh beliau, kalau nak berjaya kena mula dari bawah. Saya secara berseloroh menyatakan kalau nak jadi Perdana Menteri, apakah kita perlu bermula dari seorang pekerja sapu sampah di Majlis Perbandaran. Selepas itu baru berdikit-dikit naik - kepada kerani, pegawai, penolong pengarah, pengarah, ketua pengarah dan seterusnya yang ada beberapa step lagi. Dia tergelak plak bila saya berkata sedemikian. Apa yang lucu nya. Sebab dia juga berkata nak berjaya kena bermula dari bawah.

Pada saya nak berjaya tak perlu nak kena bermula dari bawah. Ada orang yang memang melalui jalan yang sukar untuk berjaya. Terpaksa mengharungi liku2 kehidupan dan akhirnya dia berjaya. Kisah ini kita boleh baca melalui pengalaman-pengalaman orang yang berjaya seperti As-Syeikh Ibrahim An-Naimi dan Konosuke Matsushita. Ada orang yang pada asalnya telah berjaya dan kemudian jatuh dan kemudian bangkit kembali sehingga berjaya dan terkenal seperti Sirivat Vuravetvottikon.

Apa yang penting saya tetap berpegang kepada kata-kata Tan Sri Ainudiin Wahid yang mengatakan "Kejayaan yang sebenar bukan terletak pada tidak pernah jatuh, tetapi kejayaan yang sebenar terletak pada kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh."

Friday, September 28, 2012

Masihkah kau ingat ????

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Memaafkan ?????

Memaafkan tidak akan mengubah apa-apa yang berlaku pada masa lalu;
Tetapi Insya ALLAH, akan mempermudahkan masa hadapan. :)

Thursday, September 27, 2012

Antara Ujian dan Balasan Tuhan

Adakalanya bila sesuatu musibah yang melanda diri seseorang, kita selalunya menganggapnya sebagai satu ujian. pernah tak kita terfikir yang musibah yang melanda diri kita tersebut adalah merupakan satu balasan yang ALLAH berikan kepada kita. Bila musibah datang apakah kita beristighifar disebabkan oleh balasan yang ALLAH berikan atau pun kita bersyukur dengan mengatakan ALLAH sayangkan aku kerana ALLAH ingin menguji ku untuk menaikkan darjat ku?

Anda yang mana satu??

Wednesday, September 26, 2012

Tragedi September 2012

25 September 2012 - satu kenangan perit yang tak dapat dilupakan. Waktu pagi kira-kira jam 9 pagi, keluar dari rumah untuk ke ofis - aku mengalami eksiden. Naik motor - nasib baik tak bawa laju. sekitar 50kmj. Bila dah jatuh dari motor tu, cuba la bangun. kaki dah mula rasa perit. Darah dah tak tahu hilang ke mana? rasa macam nak pitam... gagahkan juga balik ke rumah. Masa dalam perjalanan balik, mata dah mula kabur. Macam dah tak nampak apa.

Bukak je pintu pagar, terus tinggal kan motor kat luar, nasib baik ada sofa kat luar. Hampir tak boleh nak bernafas. duduk bersandar. nak berbaring kat sofa takut terus pengsan.

Lepas 5 minit, badan dan kaki mula rasa sakit2. Tgk kat kaki dah nampak darah mengalir, buka pintu rumah. terus baring kat sofa. masa tu tak tahu nak kata apa. Sakit yang teramat sangat terasa di kaki dan tangan. dekat bahu pun rasa pedih. Tengok2 kat seluar, berlubang lutut seluar. ni mesti kulit lutut aku pun sama terkoyak.

Bila bukak seluar baru nampak semua luka2 kat kaki. rasa nak pitam tgk darah yang banyak. semua nya kat kaki sebelah kiri. Luka di kaki kanan nampak kulit tersiat. Adusss. Masa tu nak ke dapur cari air nak minum pun dah menggigil2 badan dan kaki. kalau tak kuat mmg boleh collapse aku pagi tu.

Nak g klinik??? o h tidak. kompom kena jahit ni nanti. nak bawa kete pn tak daya.Biarkan lah dlu. bersihkan luka mana yang boleh.

Malam tu nak tido pun sakit segala bagai.....tapi tahan je la nak wat macam mana kan.

26 September 2012 - kul 8 dah tercongok kat klinik panel utem kat ayer keroh. tapi api ke hal nya, Doc datang kul 9. walaupun dapat no 2 tapi hampeh nak mengunggu. Masuk2 je doc trus cakap, laaa kenapa tak datang semalam. hehehehe. kalau tak kompon kena enjek anti kancing gigi. keh keh keh.

Doc terus cakap ni nak kena cuci jugak luka walapun dh ada yang kering. apa lagi doc terus suruh pembantu klnik cuci luka tu. nasib baik yang cuci tu anak dara. dia pun takut-takut nak cuci bila sy kata pedih. hehehehe

tapi tak pe la kan, yang cuci tu anak dara. tapi sesekali doc datang tenguk. kalau dia tak puas ht, dia susurh cuci lagi. pembantu klinik guna hydrogen peroxide tu sikit je, datang dek doc ni, dia amik botol ubat tu terus dia curah kat luka, banyak plak tu. nak menjerit pun tak guna, dah rasa perit sangat2.

pastu balik, kaki masih berdenyut2. drv kete pn slow je. sakit seh. nasib baik kete auto. hahahahah

Moga luka tu cepat sembuh.

Monday, September 24, 2012

Percubaan Menghantar Post menggunakan emel

ini adalah percubaan menghantar post melalui emel ver 1.0


Best Regards,
Ibrahim Ahmad
Faculty of ICT,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.
Tel: +606 331 6651 || Fax: +606 331 6500
Website : http://ftmk.utem.edu.my/ibrahim

Research Group :
http://ftmk.utem.edu.my/ipv6rg/index_files/Page1456.htm

Beza antara kawan dan sahabat ?????

Selalu kita dengar orang berkata, berkawan biar seribu, berkasih biar satu". Apa makna kawan???? ada kawan yang baik, ada kawan yang kurang baik dan ada kawan yang memang tidak baik. Sebab tu diistilahkan sebagai kawan. dalam kita berkawan ni plak, ada satu lagi tingkat yang disebut sebagai sahabat. sebab tu tak ada disebut sebagai sahabat yang tak baik. Semua sahabat adalah yang baik. Tapi kawan berbeza - ada yang baik dan ada pula yang kurang baik dan tidak baik.

So nak pilih yang mana ? kawan atau sahabat ?????

Sahabat yang baik umpama bayang-bayang. akan sentiasa berada di sisi sewaktu kita berada di tempat yang panas dan akan menghilangkan diri di tempat yang teduh.


Sunday, September 23, 2012

Bersyukurlah kala diuji

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Rasa penat

Kadang-kadang rasa sedih. Kadang-kadang rasa hepi. Tapi tu semua lumrah dalam hidup. memang lah kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Tapi sapa yang nak puaskan hati kita pulak ????? Ntah la. Apa yang berlaku, kita tetap kena laluinya. Hadapinya sebaik mngkin. Hidup ni bukannya lama sangat. 1 hari di akhirat = 1000 tahun kat dunia ni. kalau umur kita takat 60 tahun. maknanya kita hidup dalam beberapa minit je kat dunia ni berbanding dengan kehidupan di akhirat.

Apa yang penting, bagaimana keadaan kita di sana??? apakah amalan yang kita lakukan di dunia ni mampu untuk kita rasa selesa di akhirat sana??? Ya ALLAH, ampuni lah dosa hamba Mu ini. Berat sangat rasa dosa diri ini.

Saturday, September 22, 2012

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Post pertama 2012

Setelah 6 tahun aku create blog ni, akhirnya aku cuba membukanya semua. Alhamdulilah, aku berjaya, ingatkan dah tak ada lagi blog ni. Mulai hari ini aku berazam akan aku selalu update blog ni untuk tatapan rakan-rakan. Apa sahaja yang terlintas, akan aku update kan nya sekerap mungkin,