Friday, May 10, 2013

Masa adalah kehidupan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hidup ini mudah dan sangat singkat. Jika dibandingkan dengan kehidupan di atas muka bumi ini dengan kehidupan di akhirat, 1 hari akhirat = 1000 tahun di dunia. Ini bermakna,

24 jam akhirat = 1000 tahun di dunia
12 jam akhirat = 500 tahun di dunia
6 jam akhirat = 250 tahun di dunia
3 jam akhirat = 125 tahun di dunia
1 jam akhirat = 41 tahun 8 bulan

sesiapa yang pernah hidup selama 40 tahun di dunia ini, ini bermakna dia telah hidup hampir 1 jam lama nya jika meningkut perkiraan hari di akhirat.

kejap sahaja kan. kehidupan manusia ni tak sampai pun 2 jam akhirat. Jadi, manfaatkanlah kehidupan di dunia ini dengan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan. AMIN

Thursday, November 08, 2012

Al- Fatihah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ , مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Tuesday, November 06, 2012

UJIAN OH UJIAN

Ujian tidak akan pernah terhenti ke atas setiap diri manusia selagi mereka masih bernyawa. Apakah kita sebagai manusia mudah redha dengan ujian dan takdir??? Ada kala dibibir mengungkapkan bahawa "aku redha dengan ujian" tapi
di dalam diri, hanya ALLAH yang maha mengetahui. YA ALLAH, bantu lah hambaMU ini. Aku tak terdaya lagi menghadapi ujian melainkan dengan adanya RAHMAN dan RAHIM MU. YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSA KU.

Tuesday, October 02, 2012

Barang yang lepas jangan dikenang

Barang yang lepas jangan dikenang - antara bait dalam senikata lagu Allahyarham P. Ramlee. Besar dan terkesan pada maksud lirik lagu ini.

Apa yang boleh disimpulkan dari pernyataan di atas ialah, jangan pandang atau toleh lagi ke belakang. Kalau ingin maju atau berjaya, terus lah pandang ke hadapan. Jangan lagi masih teringat kisah lama sama ada yang manis, masam atau pahit. Jangan kita asyik berbangga dengan kejayaan lepas. Jangan juga asyik termenung dengan kisah silam yang mendukacitakan.

Bangun lah dari lamunan. ALLAH sendiri mengingatkan manusia dalam ayat kedua yang diturunkan selepas surah al alaq. "wahai manusia yang berselimut, bangunlah ....." Begitu lah ALLAH mengingatkan manusia. Jangan asyik bermimpi dengan perkara yang lepas.

Marilah kita bangkit dan bangun dari lamunan. Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha. Kejayaan juga tidak akan datang kalau asyik teringat perkara yang lepas.

Ayuh, marilah kita bangkit bersama.

Saturday, September 29, 2012

Kena bermula dari bawah ?????

Ada orang kata bila nak berjaya, kena bermula dari bawah...Boleh tak kita bermula dari tengah atau bermula dari aras2 yang mana sekali pun ???? Pernah saya berbincang dengan seseorang tentang hal ini. Lama dulu. Tak ingat tahun berapa. Bila disebut oleh beliau, kalau nak berjaya kena mula dari bawah. Saya secara berseloroh menyatakan kalau nak jadi Perdana Menteri, apakah kita perlu bermula dari seorang pekerja sapu sampah di Majlis Perbandaran. Selepas itu baru berdikit-dikit naik - kepada kerani, pegawai, penolong pengarah, pengarah, ketua pengarah dan seterusnya yang ada beberapa step lagi. Dia tergelak plak bila saya berkata sedemikian. Apa yang lucu nya. Sebab dia juga berkata nak berjaya kena bermula dari bawah.

Pada saya nak berjaya tak perlu nak kena bermula dari bawah. Ada orang yang memang melalui jalan yang sukar untuk berjaya. Terpaksa mengharungi liku2 kehidupan dan akhirnya dia berjaya. Kisah ini kita boleh baca melalui pengalaman-pengalaman orang yang berjaya seperti As-Syeikh Ibrahim An-Naimi dan Konosuke Matsushita. Ada orang yang pada asalnya telah berjaya dan kemudian jatuh dan kemudian bangkit kembali sehingga berjaya dan terkenal seperti Sirivat Vuravetvottikon.

Apa yang penting saya tetap berpegang kepada kata-kata Tan Sri Ainudiin Wahid yang mengatakan "Kejayaan yang sebenar bukan terletak pada tidak pernah jatuh, tetapi kejayaan yang sebenar terletak pada kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh."